INFO AKTIVITI 2014


MAKLUMAN

KEM KEPIMPINAN PELAJAR:BULAN OGOS 2014
BINA INSAN MURID TAHUN 2 DAN 3: OGOS 2014
HARI KELUARGA SKPTLDM: SEPT 2014
PERKHEMAHAN PRASEKOLAH DAN PBSM:OGOS 2014
PROGRAM AKTIVITI JULAI 2014

Pengurusan&Pentadbiran: Memaparkan kata2 motivasi, nilai2 murni, panduan keselamatan dan lain-lain.
Program Motivasi Diri: Remaja Smart
Program Maju Diri: Cermin Diri Dan Kembangkan Kecerdasan Anda
Kaunseling Individu Dan Bimbingan Kelompok



1. Nama : AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA
Lahir : JELI, KELANTAN
T/Lahir : 18 FEBRUARI 19
Tinggi : 175 cm
Berat : 7? kg
Status : BUJANG


Pendidikan Tertinggi : SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM DENGAN KEPUJIAN


Pendidikan :
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDOK
SEKOLAH ARAB AL-DINIAH BATU MELINTANG KELANTAN
SEKOLAH AGAMA NAHDATUL ULUM JELI
MAAHAD AS-SABIRIN AYER LANAN KELANTAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KEDAH

Pengalaman Pekerjaan :
PEGAWAI PENTAKSIR LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
GURU AKADEMIK M.T.I JOHOR
GURU AKADEMIK M.T.A JOHOR
PEMBANTU HOSPITAL JELI
PEMBANTU TADBIR PEJABAT TANAH JELI
GURU SEK AGAMA TAMAN PERLING 1 JOHOR


Pekerjaan Sekarang :Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Tempat : Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Lumut Perak
Bidang : Bimbingan dan kaunseling
Tugas : Guru Kaunseling
Nama Jawatan : Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Tempoh : TETAP
Hp : 019- 7490204
Tel :
Faks :
E-Mail : myubk2011@gmail.com






PN.NORBI BINTI AYOB


JAWATAN HAKIKI                 
PPPS DG 41


GRED JAWATAN
HAKIKI


NO. FAIL PERIBADI
87967


UNIT
BIMBINGAN & KAUNSELING

TARIKH MULA KHIDMAT
1 DESEMBER 1994


TARIKH LANTIKAN  1
1 JANUARI 1995

TARIKH LANTIKAN SEBAGAI GBSM
1.4.2008


TARIKH LANTIKAN KE JAWATAN SEKARANG
1.8.2008

TARIKH DISAHKAN DALAM JAWATAN SEKARANG
4.8.2009


KELAYAKAN IKHTISAS 
SIJIL PERGURUAN ASAS (MATEMATIK)
Tahun  :  1992 – 1994
Institusi : Maktab Perguruan Persekutuan P.Pinang


KELAYAKAN DALAM BIDANG KAUNSELING  
IJAZAH SARJANA MUDA .PENDIDIKAN BIMBINGAN & KAUNSELING
Tahun  :  2002 - 2006
Institusi : Universiti Putra Malaysia


AJK


SENARAI AHLI
NUR ATIQAH AQILAH BT MUHD SAHARUDIN 4K
NURUL NATASHA BT NORHAIMI 5P
NUR DAYANA BATRISYIA BT KAMARULZAMAN 5K
ADAIYAH FATIHAH BT HAZLAN 5P
NUR SHAMIN ALIANA BT AZIZAN 5P
AMIRAH SYAHIRAH BT MD SHAH 5H
NURUL SYAZWANI BT MOHD FAIZULNIZAM 5H
SITI AISYAH BT NURUL FITRI 5B
MUHAMMAD HAFIZOL BIN SUFFIAN 5K
MUHAMMAD AIMAN BIN AZHAR 5B
TAKWIM
AKTIVITI/GAMBAR
Gambar-Gambar Aktiviti Sila Tengok Kat Sini
1.Aktiviti 1
2.Aktiviti 2
3.Aktiviti 3
LAIN-LAIN
..................

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH


1. Pelaksanaan Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)

Semua sekolah yang mempunyai waran perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa  hendaklah melaksanakan arahan Pelaksanaan Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekiranya sekolah mempunyai guru yang berkelayakan  dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepertimana yang terkandung dalam Surat-surat Pekeliling dan surat-surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut :-

i.              KP(BS-HEP8543/6D(91) bertarikh 18 Mac, 1996
ii.             KP (BS) 8591/Jld.VII (35) bertarikh 11 Julai, 1996
iii.            KP (BS) 8591/Jld.VIII(56) bertarikh 6 Mei, 1997
iv.            KP(BS/PSR)8542/019/Jld.II (9) bertarikh 27 Mei, 1998  dan
v.             KP(BS/HEP)8543/ 019/Jld.II (45) bertarikh 21 Mac, 1999.

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah dikecualikan dari beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual untuk memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan secara maksimum.

Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai waran perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, pihak sekolah hendaklah membuat pelantikan secara dalaman dalam kalangan guru-guru sedia ada bagi merancang dan melaksanakan program-program Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mengikut keperluan. Namun begitu, tugas guru tersebut tidaklah sepenuh masa melaksanakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kerana beliau perlu memberi keutamaan kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.


2. Masa Bertugas dan Cuti Guru Bimbingan dan Kaunseling

Masa bertugas rasmi dan cuti Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah sama seperti Guru Matapelajaran (Akademik) yang lain iaitu mengikut waktu sesi persekolahan. Walau bagaimanapun waktu-waktu bertugas tidak rasmi adalah bergantung kepada keperluan sekolah dan persetujuan antara pihak pentadbir dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Surat siaran Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, KP (BPSH-SPPK)601/3 Jld.3 (23) bertarikh 17 Disember, 2008 adalah dirujuk.


3. Fokus dan Keutamaan Perkhidmatan  Bimbingan dan Kaunseling

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah hendaklah membuat perancangan program yang teratur sepanjang tahun. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Mesyuarat Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling pada 5 Mei, 2011 bertempat di Bilik Seri Mutiara, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Putrajaya telah menetapkan supaya fokus dan keutamaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah 80% kepada pembangunan dan pemantapan sahsiah dan disiplin murid manakala 20% lagi kepada bidang-bidang lain.  Ini membawa maksud bahawa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mengutamakan kepada program-program psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan diri dan kepimpinan, pendidikan kerjaya, pendidikan pencegahan dadah dan perkhidmatan kaunseling individu atau kelompok. Bagi program-program  kecemerlangan akademik dan keibubapaan ia hendaklah bersifat ‘slot in’  dalam program-program yang dirancang oleh bidang akademik.   Oleh itu program seperti teknik menjawab soalan peperiksaan, motivasi dan kemahiran belajar hendaklah dirancang oleh bidang akademik dan guru Bimbingan dan Kaunseling hanyalah ‘slot in’   dalam program-program tersebut.

Fokus dan keutamaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di atas adalah bertujuan untuk membantu sekolah menangani kes-kes salah laku murid dan juga  untuk pemantapan sahsiah dan disiplin murid.


4. Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk membantu dan menyelaras semua aktiviti yang dirancang supaya dapat berjalan dengan baik dan sempurna. Keanggotaan Jawatankuasa ini hendaklah terdiri dari Penolong Kanan HEM, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling, Ketua-ketua Bidang, Penyelaras Tingkatan / Tahun, Guru Disiplin dan Ketua Guru Asrama (Sekolah Berasrama). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/ 1985, KP(BS)859/Jld.II (29) bertarikh 2 Januari, 1985 adalah dirujuk.


5. Norma Kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

Norma kerja seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah pada setiap minggu hendaklah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti berikut :-

a.     Sesi Kaunseling / Bimbingan Individu             -           10 waktu
b.     Sesi Kaunseling / Bimbingan Kelompok                      -             3 waktu
c.     Pelaksanaan Modul BK (Dalam Kelas Ganti)                -           10 waktu
d.     Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan BK           -           10 waktu

Jumlah waktu seminggu                    -           33 waktu


6. Jadual Waktu Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah merancang Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tersendiri berdasarkan norma kerja utama mingguan. Jadual waktu tersebut hendaklah diselaraskan sesama Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah untuk mengelak pertembungan penggunaan bilik-bilik sesi kaunseling. Jadual waktu yang telah diselaraskan hendaklah mendapat pengesahan Pengetua / Guru Besar dan diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penyelaras Kelas Ganti untuk menyusun atur kelas-kelas ganti kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sebaik-baik kelas ganti yang diberi hendaklah berdasarkan kepada jadual waktu yang telah ditetapkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mengelak pertembungan sesi-sesi kaunseling yang telah dirancang terlebih awal. Jika keadaan tidak mengizinkan, kelas ganti boleh mengambil jadual waktu-waktu kosong yang ada dalam jadual waktu pada hari berkenaan ataupun mengambil jadual waktu pengurusan dan pentadbiran Guru Bimbingan dan Kaunseling tersebut. Dengan itu Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mengubahsuai jadual waktu pada hari berkenaan berdasarkan keperluan tanpa mengganggu waktu-waktu sesi kaunseling yang telah diatur.

Jadual waktu perkhidmatan setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah dipamerkan dalam setiap kelas dan papan kenyataan utama Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk memudahkan murid mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.




7. Kelas Ganti dan Set Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dibolehkan mengambil kelas ganti tidak lebih 2 waktu pada setiap hari. Semasa kelas-kelas ganti berkenaan, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah melaksanakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Set modul ini telahpun diedarkan kepada Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling pada penghujung tahun 2008 untuk sekolah-sekolah menengah manakala  sekolah-sekolah rendah pada tahun 2009. Set modul ini mengandungi set pengajaran dan pembelajaran (aktiviti) dari tingkatan peralihan hingga tingkatan enam bagi sekolah menengah dan dari tahun satu hingga tahun enam bagi sekolah rendah.

Modul ini hendaklah digunakan semasa kelas gantian (relief class) ataupun dalam program-program khas yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Sebaik-baik kelas ganti hendaklah diatur secara  seimbang antara kelas dan tingkatan / tahun supaya modul tersebut dapat dilaksanakan semaksimum mungkin oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah. Modul tersebut hendaklah digunakan bersama-sama dengan senarai semak pelaksanaan modul untuk memastikan penggunaan modul tidak bertindih tajuk antara Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang memasuki kelas-kelas ganti.


8. Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok

Pihak pentadbir dan guru-guru sekolah hendaklah sebaik-baiknya membenarkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Rasionalnya murid yang bermasalah atau menghadapi tekanan emosi dan sebagainya jika dibiarkan terus berada dalam kelas akan memberi tekanan yang berterusan dan boleh mengganggu proses pengajaran guru dan proses pembelajaran murid-murid yang lain.

Perjumpaan sesi kaunseling dengan seseorang murid tidaklah terlalu banyak dan kebiasaannya hanya memerlukan 2 – 4 kali perjumpaan sahaja . Sebaik-baiknya Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mengaturkan waktu perjumpaan sesi kaunseling dengan murid berkenaan tidak pada waktu mata pelajaran yang sama pada setiap kali perjumpaan. Seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang hendak menjalankan sesi kaunseling semasa P&P hendaklah mengikut prosedur yang betul bagi mengelak kekeliruan dan keadaan yang tidak diingini.


9. Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling mesti mempunyai sebuah Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Buku rekod ini akan melaporkan segala aktiviti harian Guru Bimbingan dan Kaunseling dari aspek sesi kaunseling individu dan kelompok serta segala aktiviti dan program yang dilaksanakan setiap hari. Buku rekod ini juga mengandungi analisis sesi kaunseling secara mingguan, bulanan dan tahunan. Selain itu, buku rekod ini juga mengandungi  rekod pergerakan, perancangan kewangan  serta jadual waktu perkhidmatan seseorang  Guru Bimbingan dan Kaunseling. Buku rekod ini hendaklah lengkap dan dikemaskini sentiasa oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling pada setiap minggu dan dihantar kepada pihak pentadbir sekolah untuk disemak dan ditandatangani.
           

10.Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Pihak sekolah hendaklah sedaya upaya menyediakan bilik Bimbingan dan Kaunseling dan kemudahan-kemudahan yang secukupnya bagi memudahkan pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Sebaik-baiknya dalam bilik Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mempunyai satu bilik sesi kaunseling individu, satu bilik sesi kaunseling kelompok, satu bilik pengurusan dan ruang menunggu. Semua bilik-bilik sesi kaunseling hendaklah diselaras penggunaannya sesama Guru Bimbingan dan Kaunseling yang ada dan digunakan secara maksimum berdasarkan norma kerja utama mingguan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1976, KP(BS) 8548/Vol.II/(49) bertarikh 5 Mei, 1976 dan Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2009 adalah dirujuk.

Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bilik pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam bilik kaunseling sekolah hendaklah menyediakan tempat duduk mereka di bilik guru sekolah. Keadaan ini adalah untuk memastikan semua bilik sesi kaunseling individu dan kelompok dapat digunakan secara maksimum untuk kerja-kerja profesional kaunseling terutama bagi sekolah-sekolah yang mempunyai lebih dari seorang guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.


11.Pelantikan Seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Agihan Tugas

Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna, pihak sekolah hendaklah melantik seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekiranya terdapat lebih daripada seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling yang dilantik boleh mengambilkira berdasarkan kepada kriteria-kreteria berikut :-

a.     Kekananan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam perkhidmatan, atau
b.     Kekananan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, atau
c.     Budibicara Pengetua dan Pentadbir sekolah berdasarkan krediabiliti seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Pihak tuan hendaklah memastikan agihan tugas pelaksanaan perkhidmatan, program dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling samada dalam atau luar norma kerja utama mestilah seimbang dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk memastikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat manfaat sepenuhnya kepada murid-murid.


12. Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang akan menjadi  sayap kanan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti peringkat sekolah. Di samping itu, ahli PRS ini juga boleh menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sebayanya dalam pelbagai aspek. Ahli-ahli PRS ini hendaklah dipilih dan dilatih secara berterusan dari aspek pengetahuan dan kemahiran  bagi memastikan mereka ini layak menjadi PRS sekolah. PRS juga diharap dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek dengan falsafah ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’.

Modul baru Program Pembimbing Rakan Sebaya, Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun diberi taklimat dan serahan modul kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling yang hadir semasa sesi Taklimat Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Perak pada 1 November, 2011 bertempat di PTTC, Meru Raya, Ipoh. Modul tersebut mengandungi 4 tahap ahli PRS iaitu tahap bongsu, muda, sulong dan bestari. Mulai tahun 2012, semua sekolah menengah dan sekolah rendah hendaklah melatih ahli-ahli PRS mengikut kerangka modul dan menganugerahkan sekurang-kurangnya seramai 20 orang ahli PRS pada tahap bongsu. Manakala ahli-ahli PRS yang sedia ada      ( pada atau sebelum tahun 2011)   akan meneruskan latihan dan kemahiran seperti yang dirancang oleh pihak sekolah.







13. Program Pendidikan Kerjaya


Pihak sekolah hendaklah melaksanakan program pendidikan kerjaya seperti yang terkandung dalam Program Pemantapan Sahsiah Insan Cemerlang (PSICER) kepada murid-murid. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Perak Bil. 2 / 2011 pada 14 – 16 November, 2011 bertempat di Hotel Langkasuka, Langkawi telah memutuskan supaya program tersebut diperluaskan kepada semua murid di sekolah. Sehubungan itu, semua sekolah hendaklah melaksanakannya pada tahun 2012 seperti berikut :-

a.     Sekolah Menengah Atas ( Tingkatan 4 dan 5 ) – menggunakan Kad Profil Halatuju Pendidikan
                                                                          dan Kerjaya (sama seperti tahun 2011)
b.     Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3 ) – menggunakan Buku Pelan Pembangunan
                                                                  Pendidikan Kerjaya Sekolah Menengah
                                                                  (akan diberi taklimat pada tahun 2012 )
c.     Sekolah Rendah ( Tahun 1 – 6 ) - menggunakan Buku Pelan Pembangunan Pendidikan
                                                Kerjaya Sekolah Rendah
  (akan diberi taklimat pada tahun 2012 )


14. Program Guru dan Sekolah Penyayang

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Aktiviti Selepas PMR Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 pada 11 Oktober, 2011 bertempat di Pejabat Pelajaran Putrajaya telah menetapkan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah akan menjadi Setiausaha kepada Program Guru dan Sekolah Penyayang manakala jawatan setiausaha Program Sekolah Selamat diberikan kepada Guru Disiplin.

Sehubungan itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah merancang dan berusaha menggembelengkan semua sumber dan sistem sokongan sekolah ke arah pembentukan ekosistem sekolah penyayang dengan slogan “Murid Didahulukan, Pencapaian Murid Diutamakan”. Dalam pelaksanaan program atau kempen tersebut, amalan dan pembudayaan elemen 9P dan 5K secara holistik hendaklah disemai agar dapat direalisasikan dalam konsep penyayang di sekolah pada semua peringkat dari pihak pengurusan, guru, bilik darjah, P & P, peraturan sekolah, PIBG, Pengawas, PRS, Pemimpin murid, Satf sokongan, pekerja dan pengawal keselamatan.

Elemen 9P adalah :                                    Elemen 5K adalah :

1.     Penyayang                                            1. Kesepunyaan
2.     Penerimaan                                           2. Kemesraan
3.     Penghormatan                                       3. Kepuasan
4.     Pengiktirafan                                         4. Keseronokan
5.     Prihatin                                                 5. Kesabaran
6.     Persefahaman
7.     Permuafakatan
8.     Perpaduan
9.     Persaudaraan

Antara contoh program yang dirancang hendaklah menuju ke arah :

1.     Kumpulan Pengurusan sekolah
1.1  Pentadbir yang dapat mengamalkan Kepimpinan Melalui Teladan
1.2  Pentadbir yang dapat memahami, merasai dan menghayati jiwa murid
1.3  Pentadbir yang dapat memenuhi keperluan murid untuk belajar dan keselamatan yang terjamin
1.4  Pentadbir yang bersikap rasional dan stabil dari segi emosi dan psikologi.


2.     Kumpulan Guru
2.1 Guru yang “caring and friendly’   dan menerima murid tanpa syarat
2.2 Guru yang penyayang, penyabar dan sentiasa tersenyum
2.3 Guru yang memenangi hati murid, sentuhan jiwa dan minda serta berupaya memahami
      murid
2.4 Guru yang meransang kreativiti, daya fikir dan pencetus inspirasi murid
2.5 Guru yang mempunyai penampilan diri dan karektor yang menarik
2.6 Guru yang sentiasa bersikap terbuka dan positif

3.     Pengajaran dan Pembelajaran
3.1  P&P yang menarik dan menyeronokkan mengikut kepelbagaian murid
3.2  P&P yang banyak menggunakan ‘soft skill’
3.3  P&P yang memberi rangsangan positif untuk menggalakkan pembelajaran

4.     Kumpulan Staf Sokongan
4.1  Staf sokongan yang sentiasa prihatin, membantu dan mesra pelanggan

5.     Peraturan Sekolah
5.1  Peraturan yang bersifat mendidik dan fleksible berdasarkan akta, peraturan dan surat
      arahan yang bersesuaian dengan situasi.

6.     Pemimpin Murid
6.1 Pemimpin murid sebagai ‘role model’
6.2 Pemimpin murid yang berperanan dan berkesan

7.     Kumpulan PIBG
7.1  PIBG yang berperanan mencari dana dan mewujudkan hubungan dua hala termasuk
menyumbangkan kepakaran.


15. Program Kaunseling Berfokus

Program Kaunseling Berfokus hendaklah diteruskan pada peringkat sekolah dengan memberi fokus hanya kepada kumpulan disiplin dan kumpulan pendidikan pencegahan dadah. Bagi kumpulan akademik cemerlang dan kumpulan halus dikecualikan selaras dengan fokus perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pemantapan sahsiah murid. Jumlah kumpulan masih lagi kekal sebanyak 5 kumpulan bagi setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling. Oleh itu,  Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh menambah kumpulan dari kumpulan disiplin ataupun kumpulan pendidikan pencegahan dadah bagi memenuhi kuota pelaksanaan program. Sesi kaunseling untuk program kaunseling berfokus boleh menggunakan waktu-waktu sesi kaunseling kelompok semasa dalam jadual waktu perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.


16. Profil Murid

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah mempunyai profil murid bermasalah dan berisiko yang bertujuan untuk menangani kes-kes salah laku disiplin dalam kalangan murid di sekolah. Antara kumpulan penting yang perlu dikenalpasti adalah seperti berikut :-

1.     Kumpulan ponteng
2.     Kumpulan bergaduh terutama pergaduhan antara kaum
3.     Kumpulan buli
4.     Kumpulan terlibat jenayah

Profil murid mestilah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa / penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca  masalah, status tindakan penyelesaian dan sebagainya.
17. Teguran Jemaah Nazir

Bagi meningkatkan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, pihak sekolah hendaklah mengambilkira teguran yang pernah dibuat oleh pihak Jemaah Nazir Negeri Perak melalui surat siaran Jabatan Pelajaran Negeri Perak, J.Pel.PK (HEM)/ 5128 / 5/ 7 (46) bertarikh 20 Jun, 2011.


18. Pengurusan Kewangan PCG Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah merancang pengurusan Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling sekolah secara teratur dan berhemah serta mematuhi peraturan penggunaan wang berkenaan mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002, KP.1573/17/Jld.14 (4) bertarikh 16 Oktober, 2002.


19.  Fail Meja Guru Bimbingan dan Kaunseling

Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling mesti mempunyai Fail Meja tersendiri yang selaras dengan tugas-tugas yang diberikan. Fail meja ini hendaklah dicetak dan mudah dicapai pada bila-bila masa.


20.  Penglibatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Dalam Program dan Aktiviti Luar

Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan perkhidmatannya di sekolah. Untuk memastikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar dan sempurna, pihak sekolah hendaklah mengawal sebarang penglibatan Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan program dan aktiviti luar kecuali program dan aktiviti yang releven dengan perkhidmatannya yang dikendalikan oleh pihak PPD, JPN ataupun KPM. Surat siaran yang berkaitan jumlah hari yang dibenarkan keluar untuk menjalankan aktiviti luar sekolah hendaklah diguna pakai.

21.    Perkembangan Staf

Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan digalakkan memberi ceramah atau taklimat dalam perkembangan staf di sekolah untuk menyampaikan maklumat tentang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta berkongsi dari segi ilmu dan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi membina budaya sihat dan penyayang dalam kalangan warga sekolah.


22.    Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh pihak PPD, JPN, KPM dan Jemaah Nazir

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jemaah Nazir akan sentiasa menjalankan pemantauan berkala untuk memastikan segala arahan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang ditetapkan seperti perkara 1 hingga 21 dilaksanakan sepenuhnya.


Tiada ulasan:

CATATAN LAIN

KIRA ZAKAT